Ubahlah Mindset Kita Jika Mahu Berubah.

‘Iwan kalau nak jual Takaful, jual dengan orang Cina, orang Melayu kita susah nak keluar kat duit benda-benda macam itu.”, kata papa kepada saya.

‘Saya ada seorang kawan bangsa Cina di tempat kerja, katanya gaji RM3000 tetapi ada lebih kurang 4 polisi insurans.’, kata kawan satu konsultan Takaful dengan saya.

Kalau diamati ada perbezaan besar di situ, antara tindakan orang kita orang Melayu dan orang dari bangsa lain terutama bangsa Cina. Dan dalam hal ini kita dapat lihat jurang kekayaan sebenar antara bangsa Melayu dan Cina di Malaysia secara umumnya.

Tindakan yang lahir itu hasil dari cara fikir yang berbeza. Cara fikir yang berbeza pula datang dari kepercayaan yang lahir dari hati dan minda kita.

Dalam buku Kuasai IQ Wang Orang Kaya tulisan Tuan Wan Roslan Wan Salleh, ada satu bab yang menarik menceritakan tentang perbezaan mindset orang kaya dan orang miskin.

Dalam bab Takaful atau Insurans, orang kaya akan membeli Insurans atau Takaful sebelum musibah tiba. Ertinya, sebelum mereka ditimpa apa-apa yang buruk, mereka akan menyumbang ke dalam Takaful untuk masa depan mereka.

Boleh kita tahu bahawa orang berfikiran seperti itu memikirkan tentang masa depan mereka berbanding orang biasa-biasa yang pemikiran singkat.

Bahkan, orang berfikiran kaya ini apabila mula saja bekerja atau berniaga mereka akan menyumbang itu pelan Takaful mereka. 

Orang yang berfikiran singkat pula memikirkan tentang gaya hidup mereka. Dibeli gajet mahal sehingga berhutang, membeli kereta di luar kemampuan dan akhirnya menyebabkan aliran tunai tidak cantik hanya semata-mata untuk nampak ‘kaya’ di mata orang lain, walhal mereka ini terpaksa berhutang untuk hidup.

Apakah orang yang berfikiran kaya tidak mahu rasa atau guna benda yang mahal-mahal?

Setiap manusia pasti ada keinginan seperti itu, tetapi mereka tidak mendahulukan hati seperti ada pepatah menyebut ‘ikut kata hati, mati’. Mereka menangguhkan dulu keinginan mereka sekarang agar mereka tidak susah di kemudian hari.

Betullah kata orang, perbezaan antara manusia ini adalah dari cara fikir mereka. Jadi untuk ubah hidup, ubahlah cara fikir kita. Belajar cara fikir orang-orang yang berjaya. 

Leave a Reply

Name *
Email *
Website