Takaful MySalam Untuk B40.

Dalam pembentangan belanjawan 2019 yang lalu, kerajaan ada memperkenalkan pelan perlindungan MySalam yang khusus melindungi rakyat yang tergolong dalam kategori B40.

Link untuk membaca apa itu B40, M40 dan T20.

Golongan ini yang rata-rata berpendapatan RM0-RM5000 ini didapati masih lagi ramai tidak menyumbang dalam mana-mana pelan Insuran dan Takaful bagi melindungi mereka apabila ditimpa musibah. Pelan ini juga bertujuan bagi membawa negara ini bergerak lebih maju ke hadapan dengan kadar penembusan Insuran termasuk Takaful sebanyak 70 peratus.

Khusus untuk B40.

Umum diketahui golongan B40 adalah golongan yang paling banyak terkesan dengan kenaikan kos harga barang dan kos sara hidup. Dengan kenaikan gaji tahunan yang kecil setiap tahun, ia tidak banyak membantu golongan ini untuk keluar dari kemiskinan.

Lebih mengkhawatirkan ialah ramai dari golongan ini masih lagi tidak mampu mempunyai simpanan yang mencukupi apabila berhadapan dengan ujian dan kesusahan seperti dibuang kerja. Lebih parah lagi apabila golongan ini ditimpa musibah seperti sakit kritikal akan menyebabkan keadaan mereka jauh lagi teruk tanpa pelan perlindungan takaful atau insuran.

Pelan MySalam.

Hasil kerjasama kerajaan dan syarikat Takaful Great Eastern (buat masa ini) memperkenalkan pelan MySalam sebagai solusi untuk membantu golongan ini. Pelan ini yang bertujuan melindungi peserta jika menghidapi 36 sakit kritikal seperti jantung, strok, kanser, distrofi otot, Alzheimer, dan lain-lain.

Bantuan bersifat one-off sebanyak RM8,000 jika didapati mereka menghidapi mana-mana dari sakit kritikal ini. Pelan ini juga menyediakan bayaran harian sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, atau RM700 setiap tahun kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan.

Pendaftaran MySalam.

Peserta yang menyertai pelan ini terdiri daripada penerima BSH (Bantuan Sara Hidup) dan tiada pendaftaran khusus yang perlu dibuat. SMS akan dihantar kepada peserta memaklumkan tentang penyertaan mereka dalam pelan tersebut. Peserta MySalam ini terhad untuk umur 18 hingga 55 tahun serta pasangan mereka.

Akhir sekali diharap, rakyat Malaysia amnya dan golongan B40 khususnya mengambil makluman tentang skim ini agar dapat membantu diri sendiri, keluarga dan sahabat-sahabat di luar sana tentang skim dan pelan yang dapat membantu mereka di saat kesusahan.

Leave a Reply

Name *
Email *
Website