Takaful Untuk Siapa Dulu?

Banyak orang telah mempunyai kesedaran untuk menyumbang (Takaful tidak menggunakan perkataan ‘beli’ perlindungan tetapi ‘menyumbang’) kepada pelan Takaful keluarga. 

Pelan Takaful Keluarga ini pentingnya sebagai persediaan apabila ditimpa musibah dan ujian yang sememangnya tidak diduga. 

Berbeza dengan pelaburan atau simpanan, takaful ini tiada keuntungan atau penerimaan jumlah besar apabila tiba tempoh matang tiba seperti simpanan dan pelaburan.

Takaful tujuannya tidak lain, memberi perlindungan dan itulah tujuannya yang wahid.

Isunya, jika sudah ada kesedaran itu bagus tapi untuk siapa dulu yang sepatutnya ditakafulkan. 

Cari Breadwinner Keluarga.

Baik dari mana kumpulan berpendapatan sama ada B40, M40 atau T20(jika ingin tahu lebih lanjut apa itu B40,M40 dan T20, boleh baca di sini), semuanya pasti ada sumber masuknya duit ke dalam keluarga itu.

Dan itulah dinamakan breadwinner atau dengan kata penyumbang kepada masuk duit satu-satu keluarga. Dan sudah tentu duit yang masuk itu dari pekerjaan.

Hasil dari pendapatan mereka itu lah, keluarga tersebut dapat meneruskan dan menguruskan kehidupan. Makanan dapat disediakan, anak-anak dapat disekolahkan, perbelanjaan rumah dapat diatur dan tempat tinggal juga ada sebagai tempat berteduh.

Apa jadi jika mereka tidak mampu dapat pendapatan lagi atau dengan kata lain tidak mampu bekerja?

Tidak mampu di sini bermaksud mereka ditimpa musibah seperti kematian dan sakit kritikal seperti kanser, strok, sakit jantung dan lain-lain. 

Sudah tentu, apabila breadwinner itu tidak mampu bekerja kerana sebab-sebab di atas, pendapatan pun tidak ada untuk menyara kehidupan. Lalu apa yang patut dibuat?

Guna duit simpanan?

Apakah simpanan mampu bertahan untuk tempoh yang panjang pada masa akan datang untuk menanggung perbelanjaan sara hidup keluarga tersebut?

Jika kos sara hidup keluarga tersebut adalah RM2500 sebulan antaranya bayaran pinjaman rumah, kos barang dapur, kos anak-anak ke sekolah, keluarga tersebut memerlukan simpanan sekurang-kurangnya 5 tahun untuk memastikan keluarga itu bertahan sementara ahli keluarga lain dapat mengusahakan pada tempoh itu untuk mencari sumber pendapatan baru. 

Contohnya:

Kos sara hidup: RM2500

Tempoh bertahan minima: 5 tahun (60 bulan)

Jumlah diperlukan: RM2500 x 60 bulan = RM150,000.00 

RM150,000 diperlukan agar keluarga tersebut mampu bertahan selama 5 tahun.

Soalnya, mampukah keluarga tersebut mengadakan jumlah RM150,000 ini apabila breadwinner tersebut ditimpa musibah?

Takaful Untuk Breadwinner dalam keluarga dulu.

Takaful Perlindungan Pendapatan adalah jawapan.

Takaful adalah jawapan kepada masalah di atas. Jika keluarga tersebut hanya peruntukan 3-10 peratus bulanan dari pendapatan tersebut, keluarga tersebut sudah ada pelan Takaful Perlindungan Pendapatan breadwinner yang mampu melindungi kewangan keluarga tersebut apabila ditimpa musibah.

Anak-anak pun dapat terus bersekolah, perbelanjaan rumah pun dapat terus diurus dan paling penting simpanan dan rumah tidak perlu dicairkan(dijual) untuk menampung kehidupan keluarga tersebut dan keluarga tersebut selamat dari belenggu kemiskinan.

Hanya dengan 3% saja.

Jadi langganlah sekarang sebelum terjadi apa-apa, kerana Takaful bukan ubat diambil ketika sakit tetapi pelampung ketika kita kelemasan.

Berminat untuk tahu pelan Takaful Perlindungan Pendapatan mampu milik?

Boleh isi borang di bawah.


Leave a Reply

Name *
Email *
Website