Tak Layak Ambil Takaful

“Maaf tuan, tuan tak layak ambil takaful.”

Itulah kata-kata paling pahit yang pernah saya sebut sebagai perunding takaful kepada klien.

Bahkan kalau boleh ia langsung tak mahu diluahkan. Tetapi apakan daya, kebenaran itu lebih pahit dari memberi harapan palsu.

“Oh, kenapa Tuan Ridhuan, saya ini cuma berat saja lebih, takkan pihak takaful tak nak saya.”, balas klien saya itu.

“Bukan tak nak tuan, tapi tuan dah ada rekod kesihatan sebelum ini, tuan ada athma dan darah tinggi. Tambah lagi pula, berat badan tuan berlebihan, jadi pihak pengendali tidak mahu ambil risiko.”, balas saya.

“Dan permohonan tuan sebelum ini pernah di’reject’ oleh syarikat lain. Apa yang saya boleh cadangkan ialah tuan jaga kesihatan, turunkan berat badan dan kemudian boleh usahakan untuk mohon semula.”, sambung saya.

“Ada ejen sebelum ini, pernah buatkan untuk saya dan lulus tapi dia tak tanya pula pasal berat badan dan kesihatan, kenapa Tuan Ridhuan tanya?”, tanya klien saya itu.

“Saya tidak tahu pasal ejen tuan itu, tetapi jika dengan saya, saya akan isytihar berat badan dan sejarah kesihatan tuan, jika ada. Bukan apa, syarikat takaful boleh tahu mana-mana peserta yang sudah ada sejarah kesihatan, bahkan selepas sign-up pun ada tempoh dia sebelum satu-satu penyakit itu dibenarkan untuk dimohon pampasannya.”, terang saya kepada beliau.

“Kalaulah tiba-tiba tuan diserang penyakit yang tuan ada dalam tempoh itu, dan buat klaim. Apabila pihak syarikat tahu yang tuan ada sakit, saya takut pampasan pun tak dapat dan Takaful yang tujuannya untuk membantu peserta ketika kesusahan akhirnya tidak dapat membantu kerana kes-kes seperti tuan ini.”,bebel saya panjang lebar.

“Dan saya tidak sesekali akan menipu, biarlah susah semasa sign-up tetapi mudah untuk klaim.”, kata saya.

Kakak-kakak dan abang-abang semua.

Antara benda yang saya tidak gemar dengan takaful ini ialah apabila ia tidak boleh di’sign-up’ oleh orang sakit.

Sebab selalunya orang sakitlah yang ada kesedaran berbanding orang sihat yang selalunya lebih susah.

Tetapi malangnya, orang tidak sihat inilah yang semangat nak ambil takaful berbanding orang sihat walafiat di luar sana.

Suka saya nak ingatkan yang takaful bukan Panadol sebagai ubat ketika ditimpa musibah atau ujian, tetapi takaful ialah payung sebagai persediaan ketika hari hujan.

Ridhuan Malik

Ejen Noob.
INFAQ Consultancy

“Plan Your Wealth, Change Your Life.”

Leave a Reply

Name *
Email *
Website