Simpanan adalah permulaan kebebasan kewangan.

Ramai orang menyangka bahawa jalan kekayaan dan kebebasan kewangan bermula dengan berapa wang yang boleh dijana atau dapat contohnya dari gaji, keuntungan bisnes, elaun, dividen pelaburan atau lain-lain.

Walhal, dalam permulaan kebebasan kewangan ada 3 elemen penting yang mesti diambil berat oleh seseorang.

Permulaan dengan menyimpan.

Saya masih ingat apabila saya mengikuti kelas bersama Tuan Zaidi Ismail dan Tuan Afyan Mat Rawi, soalan sama ditanya kepada kami, “Apakah susah untuk menjadi kaya dan bebas kewangan?”, banyak yang kata ya atau tidak.

Bila ditanya kenapa susah, ada yang memberi jawapan kerana gaji kecil, pendapatan tidak cukup, aliran tunai negatif dan banyak lagi.

Tetapi bila diajak membuat bajet, boleh kita nampak ada banyak ‘lubang’ dan kelompongan dalam bajet tersebut.

Hutang gajet mahal, hutang perabut, hutang kenderaan, dan macam-macam lagi perbelanjaan yang mereka sendiri rasa tidak sepatutnya ada pun dalam perbelanjaan mereka.

Sebenarnya, apa yang membuatkan orang kaya itu kaya dan bebas kewangan adalah dengan keupayaan mereka untuk menyimpan dan menabung pada peringkat awal.

Tabiat menabung atau menyimpan menjadi permulaan untuk bebas kewangan atau membina kekayaan.
Tabiat menabung atau menyimpan menjadi permulaan untuk bebas kewangan atau membina kekayaan.

Bina disiplin menabung, dengan mulakan dengan RM1000 dulu.

Sebab itu ramai, Dave Ramsey dalam bukunya Money Makeover menyarankan agar menyimpan $1000 atau RM1000 dulu. Simpanan awal itu tujuannya adalah untuk membina momentum dan disiplin dalam diri supaya menyimpan dan menabung kerana jika fikir terus mahu melabur tanpa mula menyimpan, natijahnya nanti hati tak sabar untuk mendapat untung, baru sebulan masuk Unit Amanah sudah mula jual balik kerana kekurangan duit.

Jadi untuk bebas kewangan, ajar dan didiklah diri dengan menyimpan. Dan ada sebilangan orang kita menyimpan, itu memang bagus tapi silapnya pula kata Kc Lau ialah kita selalu diajar untuk ‘Save to Spend’ bukan untuk ‘Save to Invest’, dengan erti kata lain menabung duit sebab hujungnya itu hendak beli iPhone atau gajet mahal dan itu dan itu tingkah laku orang biasa-biasa, tetapi tabiat orang kaya dan bebas kewangan, mereka ‘Save to Invest’ atau Simpan untuk Melabur.

Jadi, mulakanlah dengan simpanan, simpan RM1000 dulu untuk simpanan kecemasan, kemudian berusahalah simpan 3 hingga 6 bulan perbelanjaan atau pendapatan. 

Leave a Reply

Name *
Email *
Website