Risiko dan Kelas Pekerjaan dalam Takaful.

“Ok tuan, maaf saya bagitahu, yang premium sumbangan bulanan tuan kemungkinan besar akan naik disebabkan pekerjaan tuan?”

“Ai, kenapa macam tu pulak?”, Tanya klien.

“Sebab dalam Takaful ada kelas dan risiko pekerjaan. Dan tuan berkhidmat sebagai anggota Polis, termasuk dalam kategori kelas 4, setaraf dengan bomba, tentera, maritim, pekerjaan off shore, yang terlibat dengan banyak risiko besar.”

Inilah antara persoalan besar yang berlegar dalam fikiran klien.

Dalam Takaful dan Insurans, ada beberapa faktor yang menyebabkan premium sumbangan bulanan seseorang akan naik atau loading. Antaranya, sudah mempunyai rekod kesihatan lampau, kelas pekerjaan dan usia peserta tersebut.

Risiko dan Kelas Pekerjaan Dalam Takaful,
Imej dari https://www.contractorsinsuranceco.com

Dan dalam artikel ini, khusus ceritakan tentang kelas pekerjaan. Kelas pekerjaan ini mempunyai beberapa kategori iaitu kelas pertama, kelas kedua, kelas ketiga dan kelas keempat.

Mortality Rate

Setiap kelas itu dibezakan kerana risiko yang hadir dari pekerjaan tersebut atau mortality rate iaitu kadar kematian.

Kelas pertama umumnya seperti bekerja yang duduk di dalam pejabat seperti cikgu, pensyarah, dan kerani. Kelas kedua pula ialah kerja di luar pejabat, seperti penghantar barang dan makanan, pemandu teksi atau e-hailing. Kelas ketiga pula yang melibatkan penyelenggaraan mesin seperti juruteknik atau jurutera, dan kelas tertinggi atau keempat pula terdiri dari pekerjaan yang berisiko tinggi seperti anggota beruniform termasuk polis, tentera, bomba, maritim atau ahli sukan, juruterbang dan pekerja luar pesisir pantai atau offshore.

Mudah untuk faham, semakin tinggi kelas pekerjaan seseorang, semakin tinggi risiko pekerjaan itu maka semakin tinggi sumbangan bulanannya.

Kenapa Tinggi?

Pasti ramai tertanya-tanya kenapa bayaran sumbangan tinggi, sebabnya ialah apabila pekerjaan itu mempunyai risiko yang tinggi kerana kadar kematian yang tinggi dari pekerjaan itu.

Contohnya, risiko orang yang bekerja sebagai seorang guru atau kerani yang bekerja di pejabat berbeza dengan orang yang bekerja di offshore atau unit beruniform seperti tentera dan polis.

Umum mengetahui kerjaya sebagai seorang guru atau kerani atau yang bekerja di dalam pejabat atau bangunan mempunyai kadar risiko dan kadar kematian yang rendah kerana kurang atau hampir tiada terlibat dengan aktiviti yang berisiko.

Berbeza dengan kerjaya seperti polis, tentera atau unit beruniform. Mereka terdedah kepada risiko dan kadar kematian yang tinggi kerana bidang tugas mereka sentiasa terdedah kepada bahaya seperti berhadapan dengan penjenayah atau musuh.

Sama juga bagi sesiapa yang bertugas di offshore, bayaran sumbangan mereka juga tinggi kerana terdedah kepada risiko yang besar dan kadar kematian yang tinggi.

Sama juga seperti orang yang telah mempunyai rekod kesihatan lampau, mereka juga akan mengalami kenaikan jumlah sumbangan dari jumlah asal kerana mereka mempunyai risiko dan kadar kematian yang tinggi dari mereka yang mempunyai kesihatan yang baik.

Jika mahal, apa perlu buat?

Ramai antaranya terbeban kerana harga sumbangan yang mahal yang disebabkan pekerjaan mahupun kesihatan.

Jadi ada beberapa langkah yang boleh dibuat untuk merendahkan bayaran sumbangan bulanan tersebut. Antaranya:

  1. Kurangkan pampasan perlindungan.
  2. Kurangkan atau buang mana-mana rider yang kurang penting. (Walaupun hakikatnya semua rider penting).
  3. Tukar kepada pelan perlindungan bertempoh. (Product Term)

Atau cara lain, tambah pendapatan atau buang mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu. Selalunya, perunding Takaful akan buat diagnose berapa pendapatan seseorang itu sebelum dibuat sebut harga pelan Takaful seseorang klien.

Walaupun pelannya itu baik, jika klien tidak mampu menyumbang secara konsisten dan akhirnya menyebabkan ia jadi lapse, polisi akan ditamatkan dan segala sumbangan klien itu akan menjadi satu pembaziran.

Ingat, pelan Takaful yang baik ialah yang dibayar sumbangannya.

Apapun ia berbalik kepada kemampuan klien tersebut, dan adalah menjadi satu kewajipan bagi pemilik sijil Takaful atau klien itu memahami setiap butir perlindungan yang ada agar tidak mudah tertipu atau ‘tidak tahu’ pada masa ditimpa musibah nanti.

Ingatkan ada cover, sedangkan dia lupa masa mahu mula daftar dulu, habis diminta rendahkan sumbangan agar tidak mahal. Dan ejen ikut saja, akhirnya tidak cukup perlindungan atau tiada perlindungan apabila tertimpa musibah atau kecelakaan.

Pokoknya, ambil yang penting dahulu. Nanti bila Tuhan sudah tambahkan rezeki boleh tambahkan lagi perlindungan. Jangan tunggu terkena baru hendak ambil Takaful kerana Takaful bukan Panadol untuk ubat sakit pening tetapi payung ketika hari hujan.

Leave a Reply

Name *
Email *
Website