Periksa Skor Kredit Anda Semudah 1 2 3 dengan iMoney.

Pantas! Hanya mengambil masa beberapa minit saja untuk tahu skor kredit kita.

Hari ini sambil skrol FB pada waktu rehat setelah berjalan hampir 2 km dari kedai motor ke pejabat, ternampak 1 iklan dari iMoney tentang tawaran pemeriksaan Skor Kredit.

Skor kredit ini berguna untuk kita tahu rekod hutang kita dengan bank-bank atau institusi kewangan lain. Hutang seperti rumah, kad kredit dan kereta semuanya boleh dapat tahu dengan semudah 1 2 3. 

Ya, 1 2 3.

Hanya perlu isikan beberapa maklumat peribadi dan muat naik gambar kad pengenalan serta masukkan nombor telefon.

Kemudian, tinggal tunggu notis untuk verikasi telefon dengan penghantaran SMS oleh pihak iMoney. 

Selang beberapa minit, ‘kad repot’ kita pun siap untuk kita lihat melalui emel yang dihantar oleh pihak iMoney yang disediakan oleh RAM Credit Information.

Kenapa perlu tahu?

Tujuan kita mahu tahu informasi kredit kita kerana ia akan memberikan gambaran jelas tentang tabiat kita berhutang sama ada dari segi berapa banyak hutang yang kita buat dan rekod pembayaran kita. Dan ini digunakan oleh pihak bank sebagai rujukan untuk tahu keadaan kewangan kita dan ia memberi kesan sama ada pihak bank mahu meluluskan pinjaman atau tidak.

Cantik rekod, senanglah lulus.

Begitulah.

Klik link di bawah untuk mendapatkan skor kredit anda.

https://www.imoney.my/credit-score

Leave a Reply

Name *
Email *
Website