Pelan Takaful Untuk Mama/Isteri

Pelan Perlindungan Khusus Untuk Kaum Hawa.

Tidak dapat dinafikan, wanita juga memainkan peranan penting baik di lapangan profesional ataupun biasa. Pokoknya, semua peranan itu memberikan sumbangan kepada agama, negara dan keluarga.

Ada wanita sudah sama tinggi pangkatnya dalam barisan pertahanan negara bersama pegawai tinggi lelaki, tidak kurang yang sudah menjadi hakim mengadili orang yang teraniaya, menjadi guru-guru mendidik anak bangsa dan paling utama menjadi suri hati kepada seorang lelaki yang bernama suami dan menjadi penenang dan pendidik sebagai ibu kepada anak-anak. Jasa wanita tidak boleh dikesampingkan.

Oleh itu, pembelaan dan pelindungan untuk wanita diwujudkan agar nasib mereka terjaga dan masa depan mereka terbela.

Ditambahkan lagi perlindungan khusus penyakit kritikal wanita melengkapkan lagi pelan perlindungan ini. Contohnya pampasan diberi apabila terkena penyakit bawaan wanita seperti Barah Payudara, Barah serviks, komplikasi kesan daripada bersalin dan banyak lagi.

Jadi untuk siapakah pelan ini?

Untuk semua wanita.

Siapakah yang boleh memiliki pelan ini?

Diri wanita itu sendiri dan tidak terkecuali suami dan penjaga kepada wanita boleh menjadi penyumbang kepada pelan ini dan wanita tersebut seterusnya dilindungi.

Berminat untuk tahu?Boleh isi borang di bawah ini.

Leave a Reply

Name *
Email *
Website