Jutawan berumur 29 tahun ini berkongsi 2 cara berjimat-cermat.

Orang ramai sering menyangka bahawa menjadi jutawan boleh saja berbelanja sesuka hati. Tetapi dakwaan itu ternyata salah kerana kebanyakan jutawan adalah orang yang berjimat cermat atau dengan kata lain ‘kedekut’.

Contohnya seperti Graham Stephan.

Graham Stephan seorang jutawan yang berusia 29 tahun ini adalah seorang YouTube Influencer yang terkenal dengan channelnya Graham Stephan yang berkongsi perihal kewangan fokus kepada golongan milenial dan anak muda.

Beliau yang berpendapatan $220,000 sebulan ini sedang dalam usaha untuk mengejar pendapatannya sebanyak $1.9 juta menjelang 2019 ini.

Beliau juga berjaya mencapai nilai bersih sebanyak $1 juta pada usianya 26 tahun.

Walaupun dia mampu untuk berbelanja dan membeli apa saja dia mahu tetapi Stephan memilih untuk tidak membuat demikian.

Stephan yang sememangnya mengaku bahawa dia adalah seorang ‘kedekut’, beliau mengatakan ada 2 cara beliau berjimat dan tempat yang beliau merasa enggan berbelanja padanya kerana pembaziran.

2 Cara Berjimat Cermat

1. Tidak Membeli kopi di Starbucks atau Coffee Bean.

Stephan tidak gemar membeli kopi di Starbucks atau Coffee Bean yang beliau sifatkan harga kopinya terlampau mahal dan satu pembaziran. “I think the markup of coffee at Starbucks and Coffee Bean and a lot of those places out there is absolutely ridiculous, so I just make it at home for 20 cents.” Beliau lebih gemar membeli serbuk kopi di kedai runcit, dan kacau sendiri di rumah, dan ia hanya 20 sen jika membuat sendiri berbanding berbelas dollar satu cawan di Starbucks atau Coffee Bean.

2. Tidak Membeli pakaian berjenama.

Walapun beliau mampu untuk membeli kasut Gucci seperti kebanyakan jutawan lain. Beliau hakikatnya lebih gemar membeli pakaian di kedai biasa-biasa saja seperti H&M, Aldo atau Call It Spring yang jauh lebih murah dari kasut berjenama lain.

Stephan bukan saja berjimat dengan 2 hal di atas tetapi beliau turut menyewakan separuh daripada rumah duplex miliknya dan dengan hasil sewa tersebutlah beliau membayar rumahnya.

Tesla Model 3 gambar dari laman web dazeen.com

Beliau juga membeli kereta Tesla Model Model 3 yang berharga $35,000 secara percuma apabila video beliau berkenaan pembelian kereta Tesla tersebut menjadi viral sekaligus ‘membayarkan’ pembelian tersebut secara percuma.

Stephan percaya bahawa kedudukan kewangan yang beliau capai hari ini bukan semata-mata datang dari sifat ‘kedekut’ dan berkira beliau tetapi dari cara beliau dalam memperoleh pendapatan dengan melakukan perkara yang orang lain tidak lakukan bermula dengan berfikir di ‘luar kotak’.

Leave a Reply