Jangan lupakan takaful perlindungan pendapatan.

Takaful perlindungan penting bagi memastikan kelangsungan hidup selepas diuji dengan musibah.

Kesedaran tentang takaful sudah semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia, tetapi yang paling penting ialah takaful ini melindungi pendapatan pesertanya.

Ia boleh difahami contoh di bawah ini.

Ahmad seorang kerani di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan 1 orang cahaya mata.

Dan Ahmad adalah satu-satunya punca rezeki keluarganya.

Sebagai seorang kakitangan di syarikatnya, majikannya ada menyediakan pelan takaful kad medikal kepadanya dan semua staf yang bekerja di situ.

Tetapi apakah ia memadai?

Musibah Kematian, Kecacatan Kekal dan Sakit Kritikal.

Bagaimana jika Ahmad diuji Tuhan dengan ditimpa musibah 3 D seperti:

  1. Death (Kematian) atau
  2. Disability (Kecacatan Kekal) atau
  3. Disease (Sakit Kritikal)

Kad Medikal seperti bertujuan melindungi beliau jika dimasukkan ke hospital dengan membayar bil-bil hospitalnya, tetapi macam mana pula perlindungan pendapatannya?

Contohnya jika Ahmad meninggal dunia akibat kemalangan atau sakit, bagaimana pendapatannya yang selama ini menanggung kehidupan dia sekeluarga?

Bagaimana dengan kos perbelanjaan sara hidup?

Bagaimana dengan ansuran kereta yang selama ini dibayar dengan pendapatan Ahmad?

Bagaimana dengan bil-bil yang selama ini dibayar dengan pendapatan Ahmad?

Bagaimana dengan ansuran rumah yang dibayar dengan pendapatan Ahmad?

Apabila Ahmad sudah meninggal dunia, sudah pasti pendapatannya juga hilang. Dan ini akan menyebabkan kehidupan keluarganya terumbang-ambing selepas ketiadaannya.

Manfaat Takaful Perlindungan Pendapatan.

Di sini takaful perlindungan pendapatan memainkan peranannya. Dengan pampasan yang ada dari pelan ini, keluarga Ahmad masih mampu meneruskan kehidupan seperti biasa, walaupun isteri dan anak-anaknya sedih diatas pemergiannya tetapi sekurang-kurangnya mereka tidak terbeban dengan masalah kewangan selepas pemergian Ahmad.

Bayangkan pula, jika Ahmad ditimpa kemalangan dan akibat dari kemalangan itu, beliau cacat seumur hidup.

Bagaimana dengan kos-kos sara hidup keluarga Ahmad?

Dan kos-kos lain seperti ansuran rumah dan kereta?

Walaupun ditimpa ujian dan kesusahan serta tidak mampu bekerja, hutang-hutang dan ansuran itu tetap perlu dilunaskan.

Disinilah takaful perlindungan pendapatan dapat membantu Ahmad dan keluarganya untuk meneruskan kehidupan. Walaupun Ahmad tidak mampu bekerja, dengan pampasan takaful itu tadi, Ahmad masih mampu meneruskan kehidupannya tanpa perlu meminta-minta.

Dan dengan pampasan takaful itu, Ahmad mampu merancang dan membina kedudukan kewangan keluarga dia dengan berniaga dan melabur.

Akhir sekali, jika Ahmad disahkan menghidap sakit kritikal, sudah tentu ia membataskan Ahmad untuk bergerak dan bekerja untuk menyara keluarga.

Disinilah, takaful perlindungan pendapatan dapat meringankan beban Ahmad dan keluarganya. Selalunya apabila sudah disahkan menghidap penyakit kritikal, kos sara hidup akan bertambah dengan adanya kos perubatan yang digunakan untuk merawat Ahmad.

Disinilah sekali lagi, takaful perlindungan pendapatan dapat membantu Ahmad meringankan bebannya yang semakin berat. Sudahlah tidak mampu bekerja dan hilang pendapatan tambah pula kos perubatan untuk merawatnya, takaful ini sedikit sebanyak dapat membantunya.

Kesimpulannya, takaful ini bertujuan membantu kita ketika ditimpa kesusahan dan musibah.

Mahukan lebih penjelasan jelas mengenai konsep pelan ini?

Boleh mengisi borang di bawah.

Leave a Reply

Name *
Email *
Website