Ini adalah jalan pantas menjadi jutawan – tetapi ia adalah jalan yang paling susah kata pakar kewangan

Ramai di luar sana bercita-cita menjadi jutawan dan bebas kewangan, tetapi kenapa susah untuk mencapainya?

Sebenarnya ada banyak cara untuk menjadi jutawan baik cara yang disukai Tuhan atau cari dimurkai Tuhan. Hakikatnya pilihan di tangan kita.

Apakah tabiat mereka setiap hari yang membuatkan mereka berjaya?

Apakah ada formula magic untuk mencapainya?

Menurut kajian Rich Habits yang mengkaji dan meneliti kehidupan dan tabiat mereka yang berjaya mencapai kebebasan kewangan atau jutawan (mereka sekurang-kurangnya meraih pendapatan kasar sekurang-kurangnya $160,000 setahun dan memiliki $3.2 juta aset), mereka semuanya melalui beberapa haluan dan jalan untuk menjadi jutawan dan mengecapi kebebasan kewangan.

  1. Melabur dan menyimpan. Tidak kira berapa pun pendapatan mereka. Menyimpan dan melabur adalah tabiat mereka. Dan mereka sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan dan memperbanyakkan dan mempelbagaikan lagi sumber pendapatan mereka.
  2. Maju dalam karier terutama dalam dunia korporat. Mereka berusaha keras untuk memanjat tangga korporat sehingga mereka berjaya menjawat jawatan tertinggi dalam syarikat-syarikat besar – dengan gaji yang lumayan.
  3. Pakar dalam sesuatu bidang. Mereka dalam kategori ini terdiri daripada mereka yang mempunyai skil-skil serta kemahiran yang tiada pada kebanyakan orang. Kebanyakan mereka adalah doktor pakar tertentu, jurutera pakar dalam bidang tertentu , peguam yang mahir dalam selok-belok perundangan.
  4. Berimpian besar. Jangan salah faham, mereka bukan semata berangan-angan tetapi mereka bertindak mengejar impian mereka. Mereka ini terdiri daripada pendiri bisnes atau usahawan, penulis novel, dan selebriti. Mereka hidup dengan gembira kerana mereka suka apa yang mereka buat dan ia jelas dengan kejayaan yang mereka kecapi baik dalam perjalanan karier mereka begitu juga lambakan wang dalam akaun mereka.
Gambar dari web https://www.dana.org/article/the-neurobiology-of-resilience/

Jalan orang yang berimpian besar ialah jalan yang paling pantas.

Menurut kajian Rich Habits lagi, 28 peratus daripada mereka yang berjaya adalah dari kalangan mereka yang berimpian besar tadi.

Kebanyakan purata aset mereka melebihi $7.4 juta melebihi aset-aset yang dimiliki oleh orang lain.

Dan ini adalah jalan terbaik dan terpantas untuk mengecapi kebebasan kewangan dan kejayaan bahkan menurut carta Forbes 400, kesemua mereka yang mengungguli carta di atas adalah dari kalangan mereka.

Jeff Bezos pendiri Amazon, Bill Gates dengan Windows nya, Mark Zuckerberg dengan Facebook, Michael Bloomberg dengan Bloomberg, Richard Branson dengan Virgin.

Di Malaysia boleh saja lihat Dato’ Aliff Syukri, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, Dato’ Kamarudin Meranun, Tony Fernandes dan ramai lagi.

Mereka ini berjaya hasil daripada membina syarikat dan perniagaan mereka sendiri. Terbukti jalan ini adalah jalan yang paling efektif.

Cuma jalan inilah jalan yang paling susah di antara banyak jalan-jalan tadi.

Apa yang susah?

Apa yang sukar dan perit dengan haluan mereka itu tadi?

Ia susah kerana:

  • Bekerja dengan tempoh yang sangat lama. Kebanyakan mereka bekerja 65 hingga 75 jam seminggu sebelum mereka berjaya mencapai cita-cita mereka. Tiada rehat hujung minggu mahupun cuti. Keluargalah antara paling terkorban sekali atas kehilangan mereka.
  • Stres dan tekanan hidup yang tinggi. Sebelum mereka dapat menikmati hasil usaha mereka. Kekangan kewangan untuk menyara keluarga adalah antara tekanan yang paling tinggi. Kebanyakan mereka menggadaikan banyak aset dan menghabiskan simpanan atau wang persaraan mereka untuk menyara keluarga dan bisnes mereka.
  • Risiko yang tinggi. Mereka ini suka bertaruh. Mereka bukanlah bertaruh berjudi, bahkan pertaruhan mereka di sini bermaksud mereka mempertaruhkan segala yang mereka ada untuk mencapai cita-cita mereka.
  • Lemah semangat. Realitinya jalan yang mereka tempuh adalah jalan yang paling susah. Mereka akan menghadapi banyak perkataan ‘tidak’ dari orang lain dalam hidup mereka. Banyak manusia yang akan menekan mereka kerana merasakan mereka yang lalui jalan ini akan gagal dan tidak berjaya. Ini menyebabkan kebanyakan mereka akan berhenti dan kembali bekerja seperti orang lain. Jika adapun bantuan dari luar, bantuan bukan untuk membangunkan semangat mereka tetapi mengajak mereka berhenti dan bekerja tetap seperti orang lain.

Tabiat mereka yang berjaya

Jika anda adalah orang yang takut kepada risiko dan lebih cenderung kepada pendapatan yang stabil dan terjamin, jalan ini bukan untuk anda.

Jika anda mahu berjaya seperti mereka, anda boleh belajar

Nah sekarang, ketahui tabiat-tabiat mereka yang berjaya:

  1. Bekerja untuk orang lain bukanlah pilihan. Ya, jika anda rasa anda tidak mampu dan tidak mahu bekerja untuk orang lain. Anda tidak gemar diarah begitu begini. Dan anda suka membuat sesuatu ikut cara anda sendiri, maka haluan ini adalah yang terbaik untuk anda.
  2. Ada sasaran dan matlamat. Anda ada matlamat dan cita-cita sendiri. Ada impian yang anda ingin kejar. Anda menetapkan sasaran harian, bulanan dan tahunan. Anda bukan setakat berangan dan menetapkan sasaran saja tetapi anda buat sehingga selesai.
  3. Berusaha untuk meningkatkan diri sendiri. Konsisten untuk mempertingkatkan mutu diri sendiri setiap hari dan setiap masa. Rajin menghadiri kelas dan seminar yang dapat membantu mempertingkatkan diri sendiri serta skil yang diperlukan untuk berjaya dalam bisnes anda.
  4. Hidup bersederhana. Mereka tidak kisahpun menggunakan telefon tidak berjenama atau telefon secondhand. Mereka memilih hidup sederhana. Makan pun tempat biasa-biasa. Tak pergi Starbucks atau Coffee Bean. Mereka berbelanja ketika perlu. Duit yang mereka ada mereka korbankan untuk bisnes mereka.
  5. Must do it. Mereka tidak bertangguh atau berlengah. Mereka fokus kepada kerja dan usaha mereka. Bahkan mereka menetapkan sasaran dan misi harian untuk misi dan visi yang lebih besar.
  6. Tidak larut dalam kegagalan. Mereka menempuh banyak kegagalan. Tetapi mereka tidak larut dan gundah dalam masa yang lama. Mereka sedar banyak kejayaan lalu yang telah mereka kecapi dan mereka jadikan ia sebagai semangat untuk terus bangkit dari kegagalan.

Mereka yang berada di dalam jalan ini terus fokus dan yakin atas pilihan mereka. Mereka sanggup berkorban tenaga, masa dan wang ringgit untuk mengejar kejayaan pada masa akan datang.

Jadi jika anda berkesempatan bertemu dengan mereka yang berjaya, jangan dengki mahupun cemburu dengan kejayaan mereka tetapi cemburulah dengan semangat juang mereka yang tinggi yang tidak kenal erti mengaku kalah.

Leave a Reply