Permulaan

Selamat datang ke laman web wangsaya.com, laman web ini diwujudkan bertujuan mendidik perihal pengurusan kewangan peribadi khusus untuk orang Malaysia agar dapat melalui kehidupan yang tenang dan selesa.

Kewangan salah satu elemen penting dalam kehidupan, selain emosi, spiritual dan intelektual.

Pengurusan kewangan itu penting supaya kehidupan itu dapat dilalui dengan penuh ketenangan dan membahagiakan dan kehidupan yang sekali ini dapat dioptimakan sebaiknya.

Ramai daripada rakyat Malaysia menderita kemurungan dan stres gara-gara dijeruti dengan masalah kewangan. Tidak kurang keluarga yang dibina hancur gara-gara masalah ini.

Dan kesannya, anak-anak menjadi korban angkara masalah ini. Mungkin ada segelintir yang mengatakan,

“Apalah duit-duit ini, masuk kubur bukan bawa duit pun..”

Ya betul, tapi kerana duit kita boleh ke Syurga. Kerana duit, sekurang-kurangnya kehidupan keluarga kita selepas ketiadaan kita adalah tenang tidak terbeban.

Dengan duit atau harta atau wang, banyak kebaikan yang boleh disalurkan. Banyak bantuan dapat diberi kepada yang memerlukan.

Saidina Uthman r.a sendiri mewakafkan telaga yang dibeli dari seorang Yahudi semasa peristiwa awal hijrah di Madinah demi kebaikan kepada umat Islam di sana.

Pokoknya, dengan membetulkan fikiran tentang harta atau duit ini akan membantu kita hidup dengan lebih baik.

Ya, benar duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit.

Salam Pengenalan dari kami.

Leave a Reply

Name *
Email *
Website