Halal Dan Haram Dalam Pengurusan Kewangan.

diambil dari web http://www.guidedislam.com/halal-and-haram.html

Hari ini saya yakin jika kita akan dijamu dengan daging babi atau daging lain yang haram pasti kita akan menolaknya. Bahkan ada sesetengah individu yang makan di siang hari pada bulan Ramadhan pun akan mencari makanan yang halal walaupun tidak berpuasa itu sendiri sudah jelas berdosa.

Lain pula halnya dalam hal kewangan atau istilahnya ‘muamalat’. Suka atau tidak, hal pengurusan harta, duit, urusniaga dan jual beli seharian yang kita lakukan tetap melibatkan hukum halal dan haram sama seperti dalam hal makanan itu tadi.

Isu halal haram dalam hal kewangan ini masih lagi baru bagi muslim di Malaysia. Jadi tidak hairan, isu ini masih lagi dipandang sepi oleh sesetengah orang.

Contoh urusan yang melibatkan wang dan harta yang menjadi kelaziman urusan kita setiap hari ialah jual beli, sewa-menyewa, pinjam-hutang, perbankan dan takaful(insurans).

Faktor-faktor penyebab haram dalam hal kewangan ialah:

  1. Riba’ (Interest)
  2. Gharar (Ketidaktentuan)
  3. Maysir (Perjudian)

Contoh riba’ ialah pinjaman Along, hutang pembelian rumah dengan Bank Konvensional dan Insurans (Insurans Hayat, Perubatan, Kenderaan, Rumah, etc)

Contoh Gharar atau ketidaktentuan pula ialah menjual barang yang tidak jelas kuantiti dan kualitinya dan contoh Maysir atau perjudian pula ialah nombor ekor, kasino atau pertandingan yang hadiahnya ialah hasil dari yuran peserta yang dikumpulkan.

Moga-moga kita semua lebih teliti dan peka dengan isu halal haram pengurusan kewangan kita.

Leave a Reply

Name *
Email *
Website