Cashflow aka Aliran Tunai

Formula asas dalam pengurusan kewangan peribadi adalah Pendapatan tolak Perbelanjaan sama dengan Lebihan atau contoh mudahnya:

(Income – Expenses = Surplus) atau (Pendapatan-Perbelanjaan = Lebihan)

Income atau Pendapatan boleh datang dari pelbagai sumber seperti gaji, elaun, duit untung berniaga atau lain-lain. Pokoknya ialah duit yang masuk poket kita.

Expenses atau Perbelanjaan pula adalah bil-bil, hutang-hutang, dan lain. Contohnya, sewa rumah, bayaran ansuran kereta, court’s mammoth, aeon, PTPTN.


Aliran tunai yang sihat adalah apabila ada lebihan dari tolakan antara Income dan Expenses itu tadi. Maksudnya pendapatan lebih besar dari perbelanjaan. Mudah kata, Duit masuk mesti lebih banyak dari duit keluar, dapat RM3000 belanja RM2000, begitulah.

Jika ada lebihan maka aliran tunai kita positif, dan jika berkurang atau perbelanjaan itu melebihi pendapatan, maka aliran tunai kita negatif dan perlu dibaiki agar tidak membarah.

Dan daripada situ, barulah tahu berapa keperluan Perlindungan Pendapatan atau Income Protection yang diperlukan dan berapa pelaburan persaraan yang boleh dibuat.

Leave a Reply

Name *
Email *
Website