Cara Menggunakan Kad Kredit Dengan Betul.

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Pada hari ini penggunaan kad kredit menjadi perkara normal kepada semua orang. Ada yang menggunakan paling minama 1 kad kredit. Malangnya ramai yang tidak tahu cara penggunaan kad kredit yang betul. Akibatnya, hutang kian bertambah dan memberi kesan buruk kepada perbelanjaan bulanan kita.

Berikut adalah beberapa cara penggunaan yang baik:

Guna Kad Yang Paling Sesuai

Tidak perlu kad yang banyak, carilah kad yang sesuai dengan kita. Kerana apa?supaya lebih mudah kita mengawal perbelanjaan.

Hari ini banyak website di Malaysia yang menawarkan pilihan yang baik kepada kita untuk memilih kad yang sesuai contoh seperti laman web Ringgitplus dan iMoney. Laman webnya mudah dan mesra.

Carilah yang bersesuaian dengan gaji dan pendapatan kita, kalau dapat yang rendah lagi baik. Contohnya gaji RM3000, carilah kad yang sesuai untuk bergaji RM3000. Bagi muslim, fokus utamanya sudah tentu pilihlah yang Islamik.

Kemudian perhatikan pula kepada yuran tahunannya, lebih baik carilah yang percuma. Dan jika perbelanjaan kita lebih kepada perbelanjaan petrol, pilihlah kad yang dapat memberi kelebihan kepada perbelanjaan petrol.

Dapatkan bonus sahaja

Terapkan dalam fikiran kita bahawa kita menggunakan kad kredit adalah untuk poin atau cashback (cashback adalah pulangan untuk memberikan anda peluang untuk menerima pulangan hasil daripada apa yang anda belanjakan atau lebih kurang mudah faham – diskaun). diberikan . Bukan kad itu digunakan untuk berbelanja semborono.

Membeli petrol menggunakan kad kredit dan tunai ada perbezaannya. Jika kita peruntukkann RM400 untuk perbelanjaan petrol sebulan dan jika kita menggunakan tunai, kita akan ‘hangus’ RM400 begitu saja.

Berbeza jika menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak. Kita boleh dapatkan cashback atau kumpul poin jika kita menggunakan kad kredit untuk membeli petrol. Contohnya:

Kos petrol sebulan = RM 400

‘lawan’

Kos petrol sebulan dengan kad kredit = RM 400 + cashback atau poin

Contohnya kalau kad kredit anda mampu memberi pulangan sebanyak 10% dari setiap kos pembelian petrol sebulan, RM 400 x 10% = RM40 cashback. Kiranya anda boleh mendapat RM40 diskaun dari kos perbelanjaan petrol sebulan anda. Menarik bukan?

Settle kan setiap bulan

Setiap bulan anda akan mendapat penyata penggunaan kad kredit anda daripada pihak bank. Di situ bank akan menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan dan apa yang anda belanjakan.

Nasihat ikhlas, settlekan lah bayaran penuh setiap bulan. Jika penggunaannya RM500, bayarlah terus RM500. Walaupun ada pilihan boleh bayar minima, ia hanyalah menambahkan lagi hutang dengan dikenakan caj. Dan itulah sebabnya hutang kad kredit mula bertambah.

Jadikan ia sebagai penyata

Kad kredit juga boleh digunakan untuk membuat bayaran-bayaran komitmen bulanan seperti Takaful, bil-bil – air, elektrik, unifi, astro, dan lain-lain.

Jadi dengan mengumpulkan semua bayaran bulanan dalam satu kad, ia akan mengelakkan kita dari terlepas pandang dan tidak dibayar. Dan kita jadikan ia sebagai penyata bayaran bulanan kita.

Guna untuk bayaran tetap sahaja

Sebaiknya gunakanlah kad kredit untuk bayaran tetap sahaja seperti bayaran-bayaran komitmen itu tadi. Kos-kosnya sudah tetap setiap bulan seperti petrol, caruman Takaful dan bil-bil.

Jika ia digunakan untuk makan-makan ataupun membeli-belah, takut kita susah untuk kawal perbelanjaan kerana ia painless atau tidak berasa sakitpun kalau berbelanja menggunakan kad kredit berbanding menggunakan tunai.

Belanja RM5000 dengan menggunakan kad kredit, dan berbelanja RM5000 menggunakan tunai lain rasanya. Ramai orang lebih suka guna kad kredit kerana kita tidak merasa ‘sakit’pun semasa melakukan transaksi sebab itu ia dinamakan ‘painless transaction’ berbanding kita keluarkan RM5000 selepuk dan berbelanja, silap-silap lepas shopping boleh menangis di bucu katil,

Mewujudkan rekod berhutang

Bagi sesiapa yang belum pernah membuat apa-apa pinjaman seperti rumah atau kereta. Maka bolehlah memulakan rekod berhutang dengan memohon kad kredit. Perlu diingat, bukannya tujuan di sini untuk mengajak supaya berbelanja tiada pedoman dan menambahkan hutang tetapi untuk mewujudkan rekod berhutang di CCRIS atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat.

Tipsnya, guna kad kredit setiap bulan dan langsaikan bayaran penuh setiap bulan juga, Ia akan memaparkan rekod yang cantik. Kesannya bank akan lebih mudah memberikan kita pinjaman-pinjaman yang lain seperti kereta dan rumah.

Dan di CCRIS juga boleh memaparkan rekod yang buruk, jika kita gagal membayar hutang-hutang kita pada waktunya termasuklah kad kredit, pinjaman rumah, kereta dan lain-lain.

Guna kad kredit boleh, tetapi ramai menggunakan kad kredit dengan cara yang salah. Di harap dengan post ini, kita tahu cara menggunakan kad kredit kita dengan betul agar tidak menganggu kewangan kita.