Cara Efektif Untuk Menyimpan Hanya Dengan Maybank2u.

Langkah awal ke arah kebebasan kewangan ialah dengan menyimpan. Simpan 50 peratus sebaiknya, tidak mampu 10 peratus, jika tidak mampu boleh mulakan dengan menyimpan 5 peratus dari pendapatan dulu.

Pay yourself first.

Bayar diri sendiri dulu, sebelum membayar bil, astro, telefon, berjoli, membeli belanja rumah, dan lain-lain.

Maksud bayar diri sendiri di sini ialah membuat simpanan.

Kebanyakan orang menyimpan duit jika ada baki hasil tolak dari pendapatan dan perbelanjaan.

I – E = S

(Income – Expenses = Savings)

(Pendapatan – Perbelanjaan = Simpanan)

Ubah kepada,

I – S = E

(Income – Savings = Expenses)

Dapat saja gaji, keluarkan dulu 5 peratus dari gaji tersebut untuk simpanan, selebihnya guna untuk perbelanjaan.

Contohnya, jika bergaji RM3000, dan mampu simpan sekadar RM100 sebagai permulaan. Maka formulanya,

RM3000 – RM100 = RM2900.

RM2900 digunakan untuk perbelanjaan dan pembayaran bil-bil. Fokuskan untuk kumpul RM1000 itu sebagai permulaan.

Tip terbaik menyimpan.

Menyimpan tidak susah, ambil saja duit letak dalam tabung atau masukkan ke akaun, lalu lengkaplah proses menyimpan itu.

Tetapi sering kali ia menjadi susah, sebab belum hujung bulan duit simpanan itu sudah dikeluarkan.

Lalu apakah tip terbaik untuk menyimpan?

Tip terbaik untuk menyimpan ialah ‘simpan dan lupa’. Ya, ‘lupa’kan duit simpanan itu, dan anggap saja ia tidak wujud.

Dan ada teknik terbaik untuk menyimpan dengan paksa dan lupakannya. Teruskan baca.

Simpan di Flexi Saver Plan Maybank2u.

Saya percaya kebanyakan kita ada akaun bersama dengan Maybank dan banyak juga yang menggunakan aplikasi Maybank2u sama ada di komputer, smartphone atau tab untuk kegunaan harian.

Kemudahan di Maybank2u seperti membayar bil, menghantar wang, menyimpan di asb dan berbagai lagi banyak membantu kita dalam urusan kewangan peribadi.

Tetapi tahukah kita di aplikasi Maybank2u ada satu kemudahan yang kita boleh gunakan untuk menyimpan dan lupa.

Konsep Flexi Saver Plan.

Konsep Flexi Plan ialah pihak bank akan wujud satu akaun maya untuk pengguna apabila pengguna membuka akaun tersebut di web Maybank2u.

Dalam tempoh ‘setup’ atau penetapan, pengguna boleh memilih berapa tempoh simpanan mahu dibuat, atas tujuan apa ia diwujudkan dan bila pemotongan mahu dibuat setiap bulan.

Setelah selesai proses tersebut, duit akan dipotong setiap bulan dan akan dimasukkan ke akaun maya tersebut. Dan yang menariknya, akaun maya tersebut kita tidak tahu kewujudannya sampailah tiba waktu matang simpanan tersebut seperti apa yang pengguna tetapkan sebelum ini.

Contohnya, jika pengguna menetapkan mula menyimpan 15 Mei 2018 dengan jumlah RM100 sebulan selama 1 tahun, RM100 sebulan itu akan dipotong dan dimasukkan ke akaun maya tersebut, dan setelah setahun seperti ditetapkan baru jumlah simpanan yang dipotong sebelum ini akan dimasukkan ke akaun sebenar pengguna tersebut yang berjumlah RM1200.

Atau dengan kata mudah, kita potong duit kita setiap bulan tetapi kita tak ‘nampak’ pun duit sehinggalah sampai tempoh waktu matangnya.

Cara-cara ‘setup’ Flexi Saver Plan.

Pertama. Pilih Maybank2u classic.

Kedua. Masukkan username.

Ketiga. Masukkan password.

Keempat. Pilih Maybank One Solution.

Kelima. Pilih Account Enquiry.

Keenam. Klik di ‘Choose an action’ dan pilih ‘setup Flexi Saver Plan-i’.

Ketujuh. Pilh tempoh berapa lama mahu menyimpan.

Kelapan. Di ruangan ini tetapkan berapa jumlah yang mahu disimpan, pilih tujuan, dan pilih tarikh yang sesuai untuk memulakan simpanan,

Kesembilan. Tekan continue jika selesai dan klik di butang ‘confirm’ untuk memulakan simpanan.

Tahniah, anda sudah memulakan langkah pertama menstabilkan dan mencapai kebebasan kewangan. Fokus untuk capai RM1000 untuk permulaan untuk dapatkan momentum dan membina tabiat menyimpan ini.

Kemudian, boleh fokuskan untuk menyimpan dan kumpul 3 hingga 6 bulan pendapatan anda. Semoga berjaya.

Leave a Reply

Name *
Email *
Website