Bajet Sampul

“Soalan yang selalu menjadi tanda tanya, macam mana nak buat bajet?”

Sebenarnya banyak cara untuk membuat bajet, paling mudah gunakanlah sistem ‘sampul’, setiap bulan bayar diri sendiri dulu, kemudian bayar bil siap-siap dan jangan bertangguh agar tidak tertunggak.

Kemudian, buat kira-kira berapa jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk keluarga contoh beli barang-barang rumah dan lauk seperti ikan, ayam, sayur, buah-buahan dan lain-lain. Seterusnya pecah ikut minggu kalau seminggu perlukan RM50 untuk lauk maka darabkan minggu yang ada dalam sebulan contoh ada 4 minngu dalam sebulan. Jadi RM50 x 4 sama dengan RM 200.

Sistem Bajet Sampul menggunakan Sampul Surat.

Belanja barang rumah pula seperti sabun-sabun, lampin dan susu anak, atau senang cerita perbelanjaan kelengkapan rumah. Letakkan bajet siap-siap contoh RM400.

Pergi ATM, keluarkan cash sebanyak RM600 hasil RM400 perbelanjaan rumah dan RM200 lauk-pauk.

Dan kemudian cari sampul, tulis depan sampul ‘BELANJA’ dan ambil satu lagi sampul ‘LAUK’. Dalam sampul belanja masukkan RM400 dan sampul ‘LAUK’ masukkan RM200 tadi.

Nah, sekarang berjanjilah dengan diri sendiri, cakap dalam hati,

“tak kira apa pun jadi inilah duit untuk bajet beli lauk dan barang-barang rumah dan aku tak akan belanja lebih dari duit yang ada walaupun dipujuk dan digoda oleh diri sendiri, anak-anak dan isteri tercinta.” 😅

Tiba masa nak pergi pasar atau Tesco ke Giant untuk berbelanja. Tinggalkan dompet, bawa IC dan Lesen beserta sampul duit itu tadi. Kad kredit, kad debit dan Kad ATM tinggalkan di rumah.

Bila bayar guna duit dalam sampul itu. Contohlah, tiba masa nak bayar tengok jumlah semua memang cukup-cukup dan tiba-tiba pula isteri bawa kuali baru dengan alasan goreng ikan dah tak sedap kat kuali lama.

Maka jawablah dengan isteri,”Sorry sayang ini je yang abang ada” sambil keluarkan sampul duit, lesen dan IC yang di bawa tadi.

Nampak tak macam mana berkesannya?

Leave a Reply

Name *
Email *
Website