Apa Itu Golongan B40, M40 dan T20?

Apa itu B40, M40, dan T20?

Pada akhir bulan Mei hingga awal bulan Jun, kerajaan telah mengagihkan BSH (Bantuan Sara Hidup) atau dulu dikenali sebagai BR1M kepada golongan-golongan yang layak untuk mendapatkannya.

Dan golongan yang layak untuk mendapatkan bantuan tersebut adalah golongan B40. 

Graf Pecahan Kumpulan Berpendapatan.

Apa itu B40?

B bermaksud bottom atau Bawah atau kumpulan terbawah dari kumpulan berpendapatan dan 40 merujuk kepada peratusan  mewakili kumpulan  mereka dari keseluruhan kumpulan berpendapatan di Malaysia. Dan purata pendapatan mereka ialah dari RM 0 hingga RM 3,860. 

Bantuan Untuk B40.

Kerajaan telah mengadakan berbagai bentuk bantuan kepada golongan ini demi untuk menangani kemiskinan. Antara program dan bantuan yang dilaksanakan ialah:

1. Bantuan Sara Hidup (BSH)

2. Peningkatan Subsidi Elektrik isi rumah untuk penggunaan RM20 kebawah kepada RM40.

3. Pengenalan subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kenderaan dengan kapasiti 1,500cc dan ke bawah dan pemilik motosikal 125cc ke bawah yang rata-rata pemiliknya dari golongan B40.

4. Pemansuhan Tol motosikal di laluan iaitu di Jabatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua, Johor mulai 1 Jan 2019.

5. Bantuan pendidikan dan kesihatan serta Bantuan Skim Peduli Kesihatan dan MySalam.

M40 dan T20.

M40 pula merujuk kepada golongan Middle atau pertengahan. Purata pendapatan mereka ialah dari RM3,860 hingga RM8,319. Dan mereka terdiri dari 40 peratus dari kumpulan berpendapatan, oleh itu mereka dikenali dengan nama singkatan M40 (Middle40). 

Mereka juga dikenali sebagai kelas pertengahan dan mereka adalah tunjang kepada perbelanjaan penggunaan dan pelaburan swasta di Malaysia.

T20 pula merujuk kepada golongan tertinggi dari kumpulan berpendapatan keseluruhannya. Purata pendapatan mereka ialah dari RM8,319 dan ke atas. Dan mereka mewakili sebanyak 20 peratus dari keseluruhan kumpulan berpendapatan. Mereka juga adalah majikan kepada golongan B40 dan M40 serta penggerak ekonomi negara.

One thought on “Apa Itu Golongan B40, M40 dan T20?

Leave a Reply

Name *
Email *
Website