Akaun Simpanan Anda?Yang Halal ke Yang Haram?

Baru-baru ini saya ada menerima emel dari Maybank yang menawarkan kemudahan untuk menukar akaun simpanan atau semasa yang ada ke Islamik dari Konvensional.

Saya rasa bersyukur, kerana Maybank membantu pelanggannya khususnya yang beragama Islam untuk beralih dari akaun simpanan biasa atau konvensional kepada Islamik hanya melalui Web Portal Maybank2u tanpa perlu pergi ke mana-mana cawangan Maybank dengan mengekalkan nombor akaun pengguna.

Tahniah kepada Maybank saya ucapkan dan harapan saya banyak lagi bank-bank yang lain dapat ikut jejak langkah Maybank dalam membantu ramai pelanggan di luar sana terutama yang beragama Islam beralih dari akaun simpanan/semasa konvensional kepada Islamik.

Persoalannya, apa beza antara simpanan (termasuk semasa) yang konvensional dan Islamik?

Bezanya, yang konvensional haram dan Islamik halal.

Hukum akaun simpanan konvensional adalah haram.

Haram, akaun simpanan konvensional sebab apa?

Hukum Akaun Simpanan/Semasa Konvensional.

Hukum Akaun simpanan/semasa konvensional adalah Haram. 

Kenapa ia haram?

Di dalam akaun simpanan fixed-deposit, apabila penyimpan menyimpan wang di bank, bank-bank akan menggunakan duit tersebut untuk dilaburkan kepada syarikat yang kukuh atau memberikan pinjaman berbentuk riba’ kepada syarikat-syarikat yang memohon bantuan daripada bank.

Sebagai pulangan, bank akan menetapkan kadar pemberian faedah sebanyak 3 peratus kepada pihak penyimpan itu tadi dalam suatu tempoh yang matang contohnya selama 12 bulan. 

Menurut hukum Islam, kadar 3 peratus itu tadi adalah riba’, kerana disiplin pelaburan di dalam Islam ialah Mudharabah dan Musyarakah tidak boleh menentukan pulangan sama sekali di peringkat awal kontrak, hanya penentuan nisbah saja yang dibenarkan contoh 70:30.

Dan dalam akaun simpanan biasa, apabila penyimpan menyimpan wang di bank tersebut, bank akan memberikan kadar faedah sebanyak 0.1 dan 0.2 peratus. Dalam hal ini, penyimpan memberikan pinjaman kepada pihak bank, pihak bank perlu membayar faedah itu tadi dalam keadaan apa sekalipun. 

Jika pihak bank mendapat keuntungan, maka pulangan kepada penyimpan tetap kecil dan ia tetap rugi bagi pihak penyimpan, sebaliknya jika pihak bank mengalami kerugian, pihak bank tetap perlu memberikan faedah kepada penyimpan seperti apa yang ditetapkan. Ia ibarat menindas pihak bank dan penyimpan dalam apa keadaan sekalipun. Dan hukumnya haram.

Bertukarlah kepada Akaun Simpanan Islamik.

Antara nikmat Tuhan yang paling besar kepada kita Muslim di Malaysia ialah apabila Dia telah memberikan banyak jalan keluar dari masalah yang membelenggu kita selama ini.

Jika akaun simpanan biasa ada masalah dari sudut syarak, maka ada pula akaun simpanan Islamik yang memberikan jalan keluar. Jika skim pinjaman rumah dulu terlibat dengan riba’, hari ini telah ada pembiayaan Islamik untuk memudahkan pemilikan harta dan aset bagi umat Islam. Begitu juga hal yang lain.

Urusan kewangan ini juga termasuk urusan kehidupan dan ibadat secara tidak langsung dari hamba kepada Tuhannya, oleh itu adalah sebaiknya ia diurus dengan baik dan bertepatan dengan syarak.

Berharta itu tidak berdosa, tetapi jalan menuju Syurga.

Leave a Reply

Name *
Email *
Website