5 Jenis Pekerjaan Bergaji Besar Tanpa Perlu Degree

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Alhamdulillah dan tahniah kepada adik-adik yang berjaya diterima menyambung pengajian di mana-mana universiti, saya doakan adik-adik berjaya dunia akhirat. Amiin.

Bagi yang tidak berjaya, janganlah kecewa (standard sangat nasihat tu). Tidak diterima UPU bukanlah pengakhiran hidup. Adik-adik masa ada lagi peluang dan harapan masih ada.

Jika masih tercari-cari bidang apa yang menjanjikan gaji dan pulangan yang tinggi. Di sini saya nak kongsikan 5 pekerjaan bergaji tinggi yang tidak memerlukan degree.

Pilot

Untuk menjadi seorang pilot, tidak memerlukan sesiapa melanjutkan pengajian ke universiti. Hanya perlu mengambil kursus di Malaysia Flying Academy untuk melayakkan anda menjadi juruterbang bertauliah. Yuran kursus boleh mencecah ratusan ribu ringgit, tetapi pulangan gajinya pun tinggi selepas itu.

Offshore

Bekerja di offshore atau di pelantar minyak tidak memerlukan degree, apa yang diperlukan ialah mengambil beberapa kursus seperti di Jabatan Pembangunan Kemahiran (Skills Malaysia), NIOSH, dan agensi lain untuk melayakkan bekerja di bidang tersebut. Risiko bekerja offshore adalah tinggi, oleh itu pulangannya pun agak setimpal dengan risiko yang perlu ditanggung.

Agen Jualan Langsung (Perunding Takaful, Perunding Unit Amanah, Ejen Cuckoo, Ejen Coway, dll)

Macam tak percaya bukan, untuk menjadi agen jualan langsung tidak memerlukan kelulusan tinggi. Pendapatannya pula ‘sky limit’ iaitu tidak ada had. Banyak klien kita, banyaklah komisen. Modalnya hanya memerlukan semangat yang tinggi dan bersedia untuk menerima dan mempraktikkan tunjuk ajar yang telah di ajar oleh leader di dalam agensi, itu saja. Contoh agen jualan langsung ialah agen Cuckoo, Coway, Perunding Takaful, Perunding Unit Trust dan lain-lain.

Agen Hartanah

Untuk menjadi agen hartanah pun tidak memerlukan sijil yang tinggi, hanya memerlukan kemahiran bersosial dan berkomunikasi di samping bersedia untuk menerima tunjuk ajar dan didikan dari leader di agensi. Pendapatannya pun ‘sky limit’.

Safety and Health Officer

Bersesuaian dengan namanya, tanggungjawabnya adalah memastikan keselamatan pekerja-pekerja di dalam satu-satu premis adalah selamat mengikut standard DOSH. Besar gajinya tapi besar tanggungjawabnya.

Jadi senarai di atas adalah antara contoh bidang yang boleh diceburi dengan pendapatan yang lumayan tanpa perlu kepada degree. Cukup dengan mengambil sijil-sijil dan kursus-kursus yang dikehendaki boleh melayakkan adik-adik bekerja di bidang tersebut.

Selamat maju jaya.

Ridhuan Malik

INFAQ CONSULTANCY

“Plan Your Wealth, Change Your Life.”