4 Peringkat Kekayaan.

Apabila membicarakan hal tentang kebebasan kewangan, ia memberi 2 makna yang sama tetapi tidak serupa. Ada orang mencapai kebebasan kewangan dengan tiada tanggungan dan tiada hutang. Mereka itu kita boleh temui di banyak tempat terutama di kawasan bandar seperti golongan gelendangan. Mereka tidak berumah, oleh itu mereka tidak berhutang dan mereka juga tidak berkerendaan. 

Mereka juga hidup sekadar apa yang ada, dan selalunya memerlukan bantuan insan lain untuk terus hidup. Mereka tiada hutang, mereka juga boleh dikategorikan mencapai ‘kebebasan kewangan’.

Ada pula kebebasan kewangan yang saya yakin ia menjadi cita-cita kebanyakan kita contohnya mahu memiliki apa saja harta dan kehidupan yang diinginkan, tenang walaupun berhutang, mampu membuat amal jariah tanpa berkira, dan tidak putus wang atau duit ketika pertengahan atau hujung bulan dan memiliki gaya hidup yang diinginkan.

Erti kata lain, hidup tenang berharta dan dapat mengerjakan amal ibadah. Mereka ini juga boleh dikategorikan golongan yang telah mencapai ‘kebebasan kewangan.’

4 Peringkat Kekayaan.

Dan banyak antara kita tidak nampak jalan dan menemui jalan buntu dalam mengejar impian ‘kebebasan kewangan’ ini. Lagi-lagi bila membandingkan kejayaan-kejayaan telah berjaya dicapai oleh saudara-mara dan sahabat-sahabat di sekeliling dengan pencapaian diri sendiri.

Sebenarnya, impian ini dapat dipecahkan kepada peringkat-peringkat, agar ia nampak lebih realistik dan ‘mudah’ untuk dicapai atau dengan kata lain agar ia jadi ‘nampak jalan’.

Disini kami kongsikan 4 Peringkat Kekayaan seperti yang dikongsikan oleh Adam Khoo dalam bukunya Secrets of Self-Made Millionaire.

Kestabilan Kewangan

Kestabilan kewangan ialah peringkat pertama yang wajar menjadi cita-cita pemula bagi sesiapa yang ingin mencapai kebebasan kewangan. Antara ciri-ciri orang itu telah mencapai kestabilan kewangan ialah:

a. Telah memiliki kecairan harta yang cukup untuk menampung perbelanjaan kehidupan sekurang-kurangnya 6 bulan dengan kata mudahnya memiliki harta yang mampu dijual atau ditunaikan atau ditukarkan kepada wang ringgit untuk digunakan apabila ditimpa musibah contohnya ‘breadwinner'(sumber pendapatan keluarga contohnya ayah dan suami) hilang pekerjaan.

b. Telah memiliki pelan Takaful (Insurans) Hayat dan Perubatan untuk melindungi diri dan keluarga apabila ditimpa musibah atau ketika ‘breadwinner’ keluarga tidak mampu bekerja (meninggal dunia, cacat dan menghidapi sakit kritikal).

Jaminan Kewangan

Tanda seseorang itu telah mencapai peringkat Jaminan Kewangan ini ialah apabila seseorang itu telah melaburkan masa, idea dan tenaga untuk menjana pendapatan pasif untuk menampung perbelanjaan kehidupan yang biasa.

Dengan kata lain, jika seseorang itu berhenti bekerja ketika ini, beliau masih lagi mampu menyara keluarga dengan pendapatan pasif itu yang cukup menanggung perbelanjaannya yang biasa yang sekadar cukup-cukup makan kata orang Melayu. 

Kebebasan Kewangan

Inilah tingkatan yang menjadi dambaan segelinap insan atas muka bumi ini. Tetapi apakah maksudnya?

Seseorang yang telah mencapai kebebasan kewangan bererti seseorang itu telah mampu menjana pendapatan pasif yang mampu menampung kehidupan yang dia lalui sekarang. Contohnya dengan pendapatan pasif itu, seseorang boleh menampung perbelanjaan isi rumahnya dengan mengekalkan gaya hidupnya yang dia sedang lalui contohnya mampu membayar hutang rumah, ansuran kereta Honda CRV atau mendaftar diri mana-mana kelab gym dan kecergasan.

Kekayaan Yang Melimpah-ruah

Tingkatan kewangan ini adalah tingkatan tertinggi seseorang boleh capai, ia tidak mustahil tetapi ia bukan satu perjalanan yang mudah. Contoh mudah yang boleh kita lihat tokoh-tokoh yang telah mencapai tingkatan ini ialah Bill Gates, Steve Jobs, Mark Zuckerberg, dan billionair-billionair lain.

Dengan pendapatan mereka, mereka mampu hidup dan memiliki harta yang sukar dimiliki oleh orang biasa. Contoh Bill Gates yang $124 juta vila di Washington yang diberi nama Xanadu 2.0. 

Kesimpulannya, untuk mencapai kebebasan kewangan, seseorang itu harus belajar dan membina berbagai bentuk sumber pendapatan pasif yang pasti halal dan membuat pelaburan untuk membiakkan lagi harta tanpa menggadaikan kudrat tenaga badan atau menggunakannya dengan kadar yang minima. 

Oh ya, mereka yang telah mencapai kebebasan kewangan ini sangat menitikberatkan soal perlindungan pendapatan seperti Takaful Hayat, Keluarga dan Perubatan agar ia dapat melindungi aset mereka dikorbankan apabila mereka ditimpa musibah.

Leave a Reply

Name *
Email *
Website