3 Elemen Penting Dalam Perancangan Kewangan

Ada 3 perkara penting yang sebaiknya kita letakkan dalam bajet.

Simpanan, perlindungan dan pelaburan.

Simpanan

cukuplah sekadar simpan 5% daripada pendapatab untuk permulaan, jika mampu 10% itu lebih baik. Tujuannya untuk kumpul 3-6 bulan pendapatan atau RM1000 untuk permulaan. Simpanan ini digunakan untuk perbelanjaan luar kawal contoh tayar meletup dan dinding bocor.

Perlindungan

Perlindungan atau Takaful Hayat hanya perlu peruntukkan 5% – 10% daripada gaji. Sebaiknya biarlah perlindungan itu mampu lindung 10 tahun pendapatan kita. Kalau tak mampu untuk permulaan boleh ambil perlindungan 5 hingga 7 tahun dulu.

Pelaburan

Peruntukkan pelaburan pula hanya memerlukan 5% – 10% daripada pendapatan. Tujuan pelaburan ini adalah untuk persaraan nanti dan sifatnya yang kalis inflasi. Hari ini jika kita perlukan RM3000 sebulan pada tahun ini mustahil sama pada 30 atau 40 tahun akan datang selepas kita bersara.

Akhirnya, kewangan dapat diurus dengan perancangan yang baik dan mesti dipraktikkan supaya perancangan tidak kekal sebagai perancangan tanpa tindakan.

One thought on “3 Elemen Penting Dalam Perancangan Kewangan

Leave a Reply

Name *
Email *
Website