3 Aplikasi Pencatat Perbelanjaan Terbaik.

Tempoh hari banyak juga orang tanya apakah aplikasi atau ‘apps’ terbaik yang boleh digunakan untuk mencatat atau mengesan perbelanjaan harian kita.

Aplikasi ini digunakan untuk mencatat atau mengesan perbelanjaan kita agar aliran tunai kita terkawal, kita tahu kemana duit kita ‘lesap’ dan paling penting bila mencatat kita akan mula berkira untuk berbelanja tetapi bukan kedekut.

Ada 3 Aplikasi terbaik, yang nombor 1:

  1. My Tabung oleh Bank Negara Malaysia.

Aplikasi ini dibina oleh Bank Negara Malaysia. Aplikasi ini mudah digunakan, siap ada ‘step by step guide’ yang diberikan semasa awal-awal dibuka. Isi saja maklumat Income dan Fixed Expenditure, kemudian akan dibawa ke bahagian ‘budgeting’ untuk menetapkan perbelanjaan kebiasaan seperti perbelanjaan dapur, bil-bil dan lain-lain.

2. Money Manager

Aplikasi ini sangat mudah dan agak ‘straightforward’, di awal-awal muka hadapan aplikasi tersebut masukkan ‘Income’ pada simbol ‘+’ dan juga ‘expenses’. Aplikasi ini sangat digalakkan kerana tiada proses yang berbelit-belit untuk mencatat apa-apa perbelanjaan seperti kebanyakan aplikasi lain selain bahasanya yang mudah difahami.

3. Money Lover

Aplikasi Money Lover ini sangat mudah digunakan cuma masukkan pendapatan pada ‘Adjust Balance’ dan rekodkan transaksi seperti biasa. Apapun bahasa Inggerisnya agak sedikit tinggi bagi sesiapa yang tidak biasa dan cara penggunaanya ada sedikit mengelirukan jika pertama kali digunakan, apapun selepas dapat menangkap ‘konsep’nya, ia tidaklah sesukar yang disangka.

Akhir kata, selamat membajet. Saya percaya masih banyak lagi aplikasi yang baik di luar sana, jika ada sebarang cadangan boleh maklum di ruangan komen.

Pada zaman ini sudah banyak kemudahan gunakanlah sebaiknya, yang tidak baik ialah apabila tahu ada kelemahan tetapi tidak berusaha untuk mengubahnya.

Leave a Reply

Name *
Email *
Website